Who "I AM"Seorang gadis yang lahirnya di dunia sebagai putri sulung yang merupakan tanda kasih dan cinta sepasang pasangan suami isteri yang bernama Hamali bin Lazem dan Bolkis binti Abu... Diberikan nama Haifaa Bazilah binti Hamali... Lahirnya pada 7 April 1993 yang telah menguntumkan sebuah senyuman kepada kedua-dua pasangan bahagia untuk menjadi seorang bapa dan ibu...Saya dilahirkan sebagai anak jati negeri Sarawak dan tinggal di bahagian Samarahan.
|
My Education.....NOW...Seorang penuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi sejak tahun 2012 sehingga kini, 2015...Sekarang sudah berada di Semester 4 Pengajian Agama.
Blog ini dihasilkan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu Puan Rosnah dibawah matapelajaran Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Tugasan ini bertujuan untuk mendedahkan kami, sebagai seorang guru pelatih tentang bagaimana teknologi boleh digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, blog ini juga akan saya kongsikan dengan pelbagai maklumat yang telah dipelajari mengikut proforma yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk subjek ini. |