REFLEKSI TAJUK 2
Buat pertama kalinya saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga saya dapat meneruskan kuliah kedua saya bagi kursus Teknologi Dalam Pendidikan ini bagi topik yang kedua iaitu Reka Bentuk Pengajaran.
Tajuk ini mengandungi huraian konsep reka bentuk pengajaran. Tajuk ini menerangkan bahawa Model ASSURE sesuai sebagai panduan untuk mereka bentuk proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan media, model ADDIE pula digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk.
Setelah mempelajari topik ini, saya dapat memahami konsep sebenar reka bentuk pengajaran. Reka bentuk pengajaran bermaksud suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Bagi saya, pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap akan mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana guru akan dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
Saya berasa teruja apabila mempelajari topik ini, kerana saya dapat mengetahui 2 model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media iaitu Model ASSURE dan ADDIE. Model Assure mengandungi 6 langkah iaitu Analyse learner (Analisis pelajar), State Objective (Nyatakan objektif), Select method, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan), Require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan yang terakhir ialah Evaluate and revise (nilai dan semak). Manakala model ADDIE pula mengandungi 5 langkah sahaja iaitu pertama, Analyse (Analisis), kedua, Design (Reka Bentuk), ketiga, Develop (Bina), keempat, Implement (Laksana) dan yang kelima, Evaluate (Nilai).
Secara ringkasnya, berdasarkan kepada pemahaman saya berkenaan model ASSURE ini ialah persediaan dan perancangan awal guru adalah sangat penting dalam menyediakan bahan pengajaran yang menarik agar ianya dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan membantu guru memudahkan tugas-tugasnya dalam mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan atau media hendaklah dibina terlebih dahulu sebelum reka bentuk perancangan pengajaran dilakukan. Gabungan antara keduanya iaitu pembinaan atau pemilihan bahan dan reka bentuk sistem pengajaran akan dapat memudahkan tugas guru dalam merangka program pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.
Oleh itu, guru perlu kreatif mencipta idea-idea baru bagi menarik minat dan citarasa pelajar masa kini yang rata-ratanya cenderung dalam teknologi-teknologi baru. Oleh yang demikian, guru perlu memantapkan diri, mempelajari dan mempraktikkan kemahiran tersebut seiring dengan minat pelajar masa kini yang lebih moden. Hasil kemajuan negara haruslah seiring dengan profesyen perguruan masa kini bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, dan cemerlang dari pelbagai sudut.
Alhamdulillah, setelah selesai mempelajari topik ini, saya rasa sangat bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnianya saya dapat memahami dengan baik topik ini dan akan cuba mempraktikkan ilmu ini apabila saya sudah bergelar seorang guru suatu hari nanti. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Puan Rosnah selaku pensyarah bagi kursus ini yang telah memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sama-sama membantu dalam memberikan kefahaman kepada saya bagi topik ini. Sekian, terima kasih.