PRINSIP-PRINSIP GRAFIK
Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah, kehampiran, penegasan, dan pengulangan.
1. Kontras (Contrast)
Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaanperbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.
2. Seimbang (Alignment)
Kesimbangan merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada prinsip yang mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan tidak formal atau sebaliknya.
Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu timbangan yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya. Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.
3. Mudah (Simplicity)
Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.
4. Kehampiran (Proximity)
Kehampiran merupakan elemen yang berkaitan bersama dikumpulkansupaya berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.Elemen-elemen yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Mereka perlu saling melengkapi antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah, garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.
5. Penegasan (Emphasis)
Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus utama. Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan dan perspektif dapat menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.
6. Pengulangan (Repetition)
Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, gariskasar, bulletyang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.