REFLEKSI TAJUK 6
Kuliah bagi subjek EDU 3053 di makmal komputer 4 dijalankan seperti biasa. Kuliah pada hari ini berkisar mengenai tajuk yang ke 6 iaitu Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi.
Hasil pembelajaran saya pada hari ini ialah saya dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan bahan 2D. Bahan 2D atau dua dimensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata. Diantara jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah gambar, grafik, carta, peta, poster, kad imbasan dan lain-lain.
Kemudian, saya juga telah dberikan kefahaman mengenai definisi gambar itu sendiri dan panduan bagaimana untuk menggunakan gambar sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Gambar sama ada dalam bentuk hitam atau putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Untuk menggunakan gambar sebagai alat bantu mengajar gunakan gambar foto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. Semasa digunakan, letak gambar foto di atas alas atau pemegang atau kaki diletakkan di atas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap. Selain itu, Puan Rosnah meyatakan bahawa jumlah gambar foto perlu dihadkan untuk digunakan pada satu-satu masa. Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual dan cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambar foto yang dipamerkan.
Bahan 3D pula adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Contoh bahan 3D adalah realia, model, diorama, akuarium dan terrarium, boneka, ‘Mobile dan Topeng. Apabila mempelajari jenis-jenis bahan 3D ini, saya mendapat satu pengetahuan dan perkataan baru iaitu realia. Menurut kefahaman saya melalui pembelajaran kali ini, realia terbahagi kepada dua jenis iaitu realia asli dan realia awet. Realia asli merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain. Realia awet pula merupakan bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.
Diorama juga merupakan perkataan baru yang saya peroleh pada hari ini. Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Contoh: pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.
Setelah memahami contoh-contoh bahan 3 dimensi, kami telah diberikan kefahaman mengenai kelebihan bahan tiga dimensi. Antara kelebihan bahan tersebut adalah ialah pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Selain itu, murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda dengan lebih baik.
Pembelajaran bagi tajuk keenam ini benar-benar memberikan saya satu ilmu yang baharu yang saya dapat gunakan untuk pengajaran saya di dalam kelas satu hari nanti. Alhamdulillah, saya dapat memahami dengan baik tajuk pada kali ini kerana tajuk ini merupakan tajuk yang menarik bagi seorang bakal guru seperti saya. Saya berharap agar ilmu ini akan terus kekal di dalam diri saya.