REFLEKSI TAJUK 8
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat meneruskan kuliah bagi kursus Teknologi Dalam Pendidikan ini bagi tajuk yang kesembilan iaitu Bahan Audio. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya bagi kursus ini, Puan Hajjah Rosnah bt. Ahmad Zain yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam memberikan kefahaman kepada saya bagi kursus ini.
Kuliah kesembilan diteruskan seperti biasa di Makmal Komputer Bahasa IPG KPI. Dalam tajuk ini, saya telah belajar cara-cara menggunakan peralatan audio, perancangan dan penyediaan rakaman audio untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. saya juga telah belajar cara penyuntingan audio supaya sesuai digunakan dalam sesi pengajaran yang dirancangkan. Alhamdulillah, setelah mempelajari tajuk ini, saya telah dapat mengenalpasti format-format bahan audio yang mana sebelum ini saya tidak pernah tahu mengenainya.
Lagu, muzik, suara dan bunyi menjadi semakin banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kini. Berdasarkan pengalaman saya ketika berada di beberapa buah sekolah selama seminggu untuk program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya dapati guru-guru kini lebih banyak menggunakan muzik dalam pengajaran mereka. Murid-murid pula lebih memberikan tumpuan dalam pembelajaran kerana fitrah kanak-kanak itu sendiri suka kepada nyanyian dan permainan.
Puan Rosnah memberitahu kami antara format-format audio yang biasa digunakan guru dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kaset, piring hitam atau fonograf, cakera padat (CD) dan klip audio digital (digital audio clip). Setelah mengenal format-format audio tersebut, saya telah mendapat satu pengetahuan baru iaitu bahan audio ini dapat dimainkan semula melalui perkakasan yang bersesuaian dengan perisiannya. Sebagai contoh kaset audio boleh dimainkan melalui pemain kaset (casette player), cakera padat boleh dimainkan melalui pemain cakera (cd player) dan klip audio boleh dimainkan melalui perisian pemain media (media player).
Selain mengatahui mengenai format bahan audio, saya juga telah mengenal beberapa format fail audio seperti MP3, MIDI dan WAV. Saya juga dapat mengetahui bahawa bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yang berbeza mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail MP3 melalui proses pemampatan (compression) dimana saiz failnya lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi adalah hasil bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang menghasilkan nada muzik tiruan. Manakala fail Wave adalah fail audio yang kerap kali digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar.
Berdasarkan tajuk kesembilan ini, dapatlah saya membuat satu kesimpulan bahawa seorang guru perlu menguasai kemahiran dalam menghasilkan dan menyunting bahan audio untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Kanak-kanak kini lebih suka kepada nyanyian, oleh itu, kita perlu mengikut rentak mereka. Guru perlu bijak dalam menghasilkan bahan audio yang menarik dan memberi kesan yang positif kepada murid.