REFLEKSI TAJUK 7
Kuliah bagi tajuk ketujuh diteruskan seperti biasa di makmal 3 IPG Kampus Pendidikan Islam. Tajuk ke tujuh bagi kursus Teknologi Dalam Pendidikan ini ialah berkenaan dengan asas fotografi. Tajuk ini merangkumi sejarah perkembangan fotografi, bahagian-bahagian asas kamera dan fungsi setiap satunya. Bagi tajuk ini, kami saya telah mengetahui tentang jenis-jenis dan aksesori kamera, jenis-jenis filem, teknik penggambaran serta komposisi dalam mengambil fotografi. Saya juga telah memahami kepentingan fotografi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Bagi tajuk asas fotografi ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu baharu. Antaranya ialah saya mengetahui bahawa secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem di bahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej. Sebelum mempelajari tajuk ini, tidak pernah terlintas difikiran saya mengenai segala ruang atau fungsi kamera. Apa yang saya tahu hanya mengambil gambar sahaja. Alhamdulillah, kini saya dapat mengetahuinya dengan lebih mendalam.
Selain itu, Puan Rosnah juga telah memperkenalkan bahagian-bahagian asas kamera yang sebelum ini saya tidak pernah tahu mengenainya. Antaranya adalah lensa yang berfungsi sebagai alat menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem di dalam kamera. Kedua, Shutter iaitu penutup dan pembuka lensa yang mengawal masa kemasukan cahaya ke dalam kamera. Seterusnya adalah apertur iaitu lubang yang mengawal kemasukan cahaya ke dalam kamera. Fokus pula adalah salah satu alat untuk mengubah lensa ke belakang atau ke depan supaya ia boleh memancarkan suatu imej dengan terang sama ada benda itu jauh atau dekat.
Pada jam seterusnya, kami telah didedahkan mengenai jenis-jenis kamera. Antara jenis-jenis kamera adalah seperti kamera pemokus tetap, kamera pencari jarak padu, kamera lensa berkembar, kamera lensa tunggal, kamera polaroid, kamera view, dan kamera 'computer generated'.
Setelah mempelajari taju ini, barulah saya mengerti bahawa ilmu fotografi ini perlu ada dalam diri setiap guru kerana kelebihan fotografi sangat memberi kesan yang positif dalam sesi pengajaran dan pembejaran di dalam kelas. Antara kepentingannya ialah ianya dapat menarik minat pelajar terhadap pelajaran mereka. Ini kerana gambar-gambar yang dihasilkan adalah menarik dan cantik dan ianya dapat menarik minat pelajar untuk memberi perhatian dalam pembelajaran mereka. Kedua, ianya dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep yang hendak disampaikan guru. Selain itu, ianya juga dapat meransang pemikiran pelajar seterusnya mendorong penerokaan dan perkembangan minda pelajar.