TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengenalan Sesiapa sahaja yang sedang melaksanakan tugas berhadapan dengan komputer atau sedang mengakses internet untuk untuk apa sahaja tujuan sama ada membina hubungan sosial melalui laman muka buku (Facebook, Twitter dsb), mencari bahan atau resepi masakan baru atau sedang mereka bentuk persembahan multimedia, individu tersebut sebenarnya sedang menggunakan teknologi terkini. Jika sekiranya seorang pendidik atau pelajar pula yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, maka teknologi yang digunakan sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam pendidikan.