PERANAN DAN KEPENTINGAN
Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran tetapi secara amnya terdapat 6 perkara asas:
i. Menentukan keperluan pelajar
ii. Menentukan matlamat dan objektif
iii. Membina prosedur penilaian
iv. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
v. Mencuba sistem pengajaran
vi. Menilai keseluruhan sistem
Gustafon (1991) telah membahagikan model-model itu kepada 3 tumpuan:
i. Model berorientasikan bilik darjah
ii. Model berorientasikan produk
iii. Model berorientasikan sistem
Kegunaan reka bentuk pengajaran
i. Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Dick and Reiser (1989), “Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan”.
ii. Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.
Proses reka bentuk pengajaran merupakan satu proses yang sistematik yang merangkumi tiga peringkat yang penting iaitu penentuan objektif, perancangan pengajaran dan pembelajaran dan penilaian serta refleksi pengajaran dan pembelajaran. Ia menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian penbelajaran. Dengan lain perkataan, ia merupakan satu proses menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media pengajaran.
Reka bentuk pengajaran telah wujud empat dekad dahulu dan kini terdapat banyak jenis model reka bentuk pengajaran. Walau bagaimanapun, terdapat enam perkara asas dalam sesuatu proses pengajaran iaitu:
i. Menentukan keperluan murid
ii. Menentukan matlamat dan objektif
iii. Membina prosedur penilaian
iv. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
v. Memcuba sistem pengajaran
vi. Menilai keseluruhan sistem
Terdapat reka bentuk pengajaran yang berskala besar dan kecil. Gustafon (Wah Wan Ali et al. 2008) telah membahagikan model kepada 3 tumpuan:
i. model berorientasikan sekolah
ii. model berorientasikan produk
iii. model berorientasikan sistem
Tujuan utama reka bentuk adalah untuk menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Mengikut Dick dan Reiser (Wah Wan Ali et al.2008), pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh ilmu dan kemahiran, selain daripada sikap yang diharapkan. Satu pengajaran yang berjaya mampu menarik perhatian dan menaruh penghormatan murid terhadap pengajar. Secara tidak langsung, ia membantu menghasilkan guru yang kompeten dan dedikasi serta inovatif.