Peranan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
|
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.
1. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. 2. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. 3. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. |
Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
1. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya : 1. Penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. 2. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. 3. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.
Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya : 1. Melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. 2. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT |
Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
1) GURU
2) MURID
1) GURU
- Guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Cth: Project Based Learning(PBL)Aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan maujud, internet dan bahan media yang lain.
- Keberkesanan hasil dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan licin dan terancang.
- Penjimatan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan teratur dengan bantuan teknologi pendidikan menggunalan internet, bahan persembahan multimedia dan perisian yang sesuai.
2) MURID
- Keseronokan belajar akan memberi motivasi kepada murid di sekolah untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dalam teknologi pendidikan akan merangsang murid untuk belajar dengan lebih baik.
- Murid akan lebih jelas tentang sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru kerana penggunaan media yang lebih jelas akan memudahkan pemahaman murid tentang konsep.Sesuatu penerangan secara menyeluruh dapat diberikan melalui media seperti video, televisyen dan internet.
- Murid dapat memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman melalui teknologi pendidikan.Penerokaan terhadap sesuatu topik melalui internet atau atau penggunaan video interaktif dapat memberi pengalaman baru. Contohnya:musim salji di negara luar dapat dilihat melalui video kepada murid .