Hak cipta terpelihara (Copyright)
Undang-Undang Hak Cipta
- Merupakan hak ekslusif yg diberi oleh undang-undang kepada pencipta/penerima haknya untuk kawal pengeluaran semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu tempoh.
- Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai ‘hak kepunyaan’ terhadap ciptaan mereka.
- Tujuan utama:
- Bagi melindungi pencipta dan ciptaannya. - Terbahagi kepada 2 kategori utama:
- Hak ekonomi
- Hak moral - a. Hak Ekonomi
- - Hak ekonomi ini adalah sesuatu yang bersifat kebendaan atau material.
- Tujuan :
a) Supaya pencipta mendapat pulangan dalam bentuk kewangan atau kebendaan.
b) Perlindungan hakcipta yang berkesan akan menjamin pemberian royalti kepada pencipta hasil daripd jualan ciptaannya. - b. Hak Moral
- Hak moral menjamin pencipta mendapat pengiktirafan sebagai seorang pencipta.
- Hakcipta untuk diiktiraf sebagai seorang pencipta merupakan hak moral yang tinggi dan memberi kepuasan yang tinggi kepada pencipta.
- Ia juga memberi hak mutlak terhadap hasil ciptaan asal dari mengalami apa-apa perubahan tanpa persetujuan pencipta.
Undang-Undang Hak Cipta
- Undang-undang ini menyediakan perlindungan monopoli secara sah kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan.
- Memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya intelektual,yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan mereka,untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan ciptaan mereka tanpa kebenaran.
- Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;
- Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang
- Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga proses penemuan
- Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol, yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenalpasti produk dan perkhidmatan mereka.
- Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang tidak diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya. - Antara bahan-bahan yg dikawal di bawah undang-undang hakcipta:
- Bahan bercetak seperti novel,puisi,aritikel dan sebagainya.
- Muzik atau kesan audio
- Pantomin
- Gambar dan Grafik
- Audio Visual
- Rakaman suara - Dikawal oleh Akta Hakcipta 1987 (Copyright Act 1987)
- Akta Hakcipta Pengubahsuaian (Copyright Amendment Act) menghasilkan undang-undang hakcipta yang terkini sesuai dengan perkembangan semasa. - Cara untuk mengawal hakcipta penemuan atau produk baru :
- mengisi borang memohon hakcipta
Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs – mencari dan merampas bahan cetak rompak -
- Tanda hak cipta mengandungi 3 elemen penting :
- Simbol © atau perkataan “Copyright” atau “Hakcipta Terpelihara”
- Tahun pertama penerbitan
- Nama pemilik hakcipta tersebut