REFLEKSI TAJUK 1
Segala puji Allah kerana dengan keizinan Nya, dapat saya dan rakan-rakan sekelas yang lain melaksanakan interaksi P&P bagi kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bersama pensyarah pembimbing kami iaitu Pn. Rosnah bt Ahmad Zain di Makmal Bahasa Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.
Melalui interaksi pertama ini,banyak perkara yang baru dan ilmu pengetahuan dapat saya pelajari. Pertamanya, secara tidak langsung saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya dalam bidang Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bidang ilmu ini adalah amat penting untuk difahami dan dikuasai kerana konsep dan ilmu yang saya pelajari dalam bidang Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini boleh saya aplikasikan dalam semua matapelajaran yang di ajar di sekolah pada masa kini.
Kuliah pertama ini, Puan Rosnah telah memperkenalkan weebly kepada kami. Pada awal pengenalannya, saya rasa ianya tidak ada beza dengan blog, namun, setelah Puan Rosnah memberikan penerangan secara teliti, saya amat tertarik dengan weebly. Pada awal waktu kuliah, Puan Rosnah mengajar kami cara untuk mendaftar di dunia weebly ini.
Sepanjang proses membuat weebly ini, saya berasa amat terkilan kerana komputer yang saya gunakan di makmal tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Saya mencari jalan untuk mencari komputer yang dapat digunakan dengan baik Namun, semuanya tidak juga dapat berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian, saya mendengar dan melihat dengan teliti, segala ilmu yang dismpaikan oleh Puan Rosnah agar saya dapat membuat weebly tersebut di komputer riba saya sendiri.
Setelah selesai sesi membuat weebly, Puan Rosnah memulakan sesi kuliah bagi kursus EDU 3053, dengan tajuk pertama iaitu Teknologi Pendidikan. Teknologi bermaksud keupayaan menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik @ pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dlm melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai kejayaan, manakala teknologi pendidikan pula ialah satu pendekatan yg sistematik yg amat sesuai dan boleh diterima bagi proses menyelesaian satu-satu masalah pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pengajaran pula merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara perkakasan, perisian, seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran yang berkesan dan bermakna.
Banyak ilmu baru yang saya peroleh daripada kuliah beliau, saya dapat mengetahui konsep sebenar teknologi dalam pendidikan itu sendiri.Teknologi dalam pendidikan sangat perlu untuk digunakan oleh guru-guru, supaya guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan maujud, internet dan bahan media yang lain, kedua, keberkesanan hasil dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan licin dan terancang dan seterusnya ianya akan dapat menjimatkan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan teratur dengan bantuan teknologi pendidikan menggunalan internet, bahan persembahan multimedia dan perisian yang sesuai.
Selain ianya dapat memberi kelebihan kepada guru, ianya juga dapat memberi keseronokan belajar dan memberi motivasi kepada murid di sekolah untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dalam teknologi pendidikan akan merangsang murid untuk belajar dengan lebih baik. Disamping itu, murid akan lebih jelas tentang sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru kerana penggunaan media yang lebih jelas akan memudahkan pemahaman murid tentang konsep. Sesuatu penerangan secara menyeluruh dapat diberikan melalui media seperti video, televisyen dan internet.