REKA BENTUK VISUAL
Reka Bentuk Visual Reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen iaitu elemen, pola/corak dan susunatur.
1. Elemen
Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.
a. Elemen Visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu:
i. Realistik – merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.
ii. Analogi – memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik tersebut.
iii. Organisasi – memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.
b. Elemen lisan
Kebanyakan paparan visual dimantapkan maksudnya dengan menyatukan perkataan atau ayat sebagai tambahan kepada visual. Penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Dalam menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan huruf perlu diberi pertimbangan dari aspek-aspek berikut:
i. Stail huruf – stail yang mudah dapat membantu dalam mewujudkan konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman memudahkan pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica sesuai untuk paparan visual dan Palatino untuk teks bercetak.
ii. Bilangan stail huruf – digalakkan jangan melebihi tiga stail untuk kelihatan menarik.
iii. Huruf besar dan huruf kecil – wajar menggunakan huruf besar pada tajuk dan huruf kecil dalam sub-tajuk dan caption.
iv. Warna huruf – kemudahan dibaca bergantung kepada kontras antara warna huruf dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.
v. Saiz huruf – berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan adalah berdasarkan kepada kebolehan ianya dibaca dalam satu jarak tertentu
vi. Jarak antara huruf – dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan.
vii. Jarak antara baris – sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris yang terlalu rapat akan melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala yang terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan.
c. Elemen Daya Tarikan
Visual yang menarik akan mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D atau 3D, kombinasi warna yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan objek yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi oleh elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut:
i. Ruang – digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang.
ii. Garisan – digunakan untuk menghubungkan elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.
iii. Permukaan – digunakan untuk memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.
iv. Bentuk – digunakan untuk menunjukkan dimensi.
v. Warna – digunakan untuk untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.
Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka warna-warna ini biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.
Warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuhtumbuhan. Warna-warna ini memberikan kesan pasif dan melahirkan ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.
2. Pola/Corak
Pola/corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik dan mengekalkan perhatian seseorang untuk melihat maksud yang terkandung dalam visual.
3. Susunatur
Susunatur elemen rekaan visual mengambil kira aspek-aspek prinsip grafik untuk menghasilkan karya yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip grafik yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks itu dapat mengarahkan pandangan kepada maklumat yang penting. Susunatur ini dapat diperhatikan dalam paparan visual yang mengamalkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Thirds). Ia menunjukkan bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual dengan menumpu perhatian lebih di sudut atas kiri sesuatu paparan. Oleh itu, perkara yang utama perlu dipaparkan di bahagian ini.