REKA BENTUK MESEJ
Media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam reka bentuk pengajaran. Media inilah yang menjadi perantara di antara penyampai mesej dan penerima mesej. Mengikut Asociation for Educational Communication and Technology (AECT)2004) (Wah Wan Ali et al.2008) , media ialah segala bentuk atau saluran yang digunakan untuk menyampaikan pesanan. Media di sini membawa maksud penyamapaian pengajaran-pembelajaran.
Justeru, segala media dalam bentuk audio, video, grafik, suara dan bahasa penyampaian guru adalah digolongkan dalam kategori media pengajaran.
Mengikut Torkelson (Wah Wan Ali et al. 2008)., media boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu:
1. Mesej
2. Bentuk mesej
3. Saluran mesej
1. Mesej
Mesej ialah isi kandungan yang hendak disampaikan oleh penyampai. Mesej boleh dalam bentuk makluman, motivasi, peringatan, bahasa isyarat dan sebagainya.
2. Bentuk mesej
Merujuk kepada persoalan bagaimana mesej disampaikan. Ia boleh dalam bentuk gambar, jadual, carta, simbol, pengumuman, dan sebagainya.
3. Saluran mesej
Merujuk kepada alat fizikal yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej . Mesej boleh disampaikan dalam bentuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya. Contoh alat yang boleh digunakan termasuklah radio, televisyen, projektor „Overhead‟, projektor, LCD camera digital, video camera dan sebagainya.
Dalam proses pengajaran-pembelajaran, reka bentuk mesej memainkan peranan yang penting kerana ia memastikan mesej yang disampaikan oleh guru difahami oleh penerima/murid. Penggunaan media perlu bersesuaian dengan pengalaman lepas murid untuk mempercepatkan penyampaian mesej. Menurut Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008), murid mempelajari sesuatu kemahian baru melalui pengalaman konkrit. Dengan adanya pengalaman langsung, iaitu murid sendiri yang melalui proses perbuatan, proses mengamati, akhirnya murid akan berjaya mentafsirkan maklumat yang abstrak ke bentuk konkrit.
Sekiranya murid itu mempelajari sesuatu kemahiran baru melalui bahasa verbal sahaja, maka semakin sedikit pengalaman yang dilaluinya. Secara ringkasnya, media yang sesuai digunakan dalam pengajaran-pembelajaran bermula daripada pengalaman langsung hingga ke penerangan verbal.